Bagaimana boleh kami bantu anda?

Soalan Lazim

Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

Klik butang ‘Buka akaun’ di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

Bagaimana cara untuk mula berdagang?

Jika anda berumur 18 tahun ke atas, anda boleh menyertai FBS dan memulakan penerokaan FX anda. Untuk berdagang, anda memerlukan akaun perbrokeran dan pengetahuan yang mencukupi tentang tindak tanduk aset dalam pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari topik-topik asas dengan bahan pendidikan percuma kami dan membuka akaun FBS. Anda mungkin mahu mencuba dan menguji platform perdagangan dengan wang maya menggunakan akaun Demo terlebih dahulu. Setelah anda bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.

Bagaimana caranya untuk saya deposit dan keluarkan dana?

Anda boleh masukkan modal ke dalam akaun anda menerusi seksyen "Operasi kewangan" di Laman Peribadi anda menggunakan mana-mana sistem pembayaran yang tersedia. Pengeluaran daripada akaun perdagangan boleh dibuat di Laman Peribadi anda melalui sistem pembayaran yang sama yang telah anda gunakan untuk mendepositkan modal. Sekiranya dana telah didepositkan ke dalam akaun menerusi pelbagai sistem pembayaran, pengeluaran boleh dibuat melalui kaedah-kaedah yang sama dengan nisbah yang sama.

Apakah kaedah bayaran yang boleh saya gunakan untuk menambah dana ke dalam akaun saya?

FBS menawarkan beraneka kaedah pembayaran, termasuk pelbagai sistem pembayaran elektronik, kad kredit dan debit, pindahan kawat bank, dan exchangers (pengurup). FBS tidak mencaj apa-apa yuran atau komisen untuk mana-mana deposit ke dalam akaun perdagangan.

Bagaimana cara untuk mengeluarkan wang yang saya raih dengan FBS?

Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web kami atau seksyen Kewangan dalam Laman Peribadi FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih melalui sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah sama.